Want your
own Fotopage?







 
Selamat datang ke blog pertanian dan penternakan Usahawantani.
Projek Komersil Serai, Pucuk Manis dan Ternakan Ikan Keli HALAL secara sambilan. Dapatkan E-book Teknik Tanaman Serai RM20 shj.
By: Agriplaza Farm

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Dec-2007 18:08 Email | Share | Bookmark
Projek Komersil Tanaman Pucuk Manis secara sambilan (Part-time)

 
 
 
 
 
 
Pengenalan Projek
Tanaman pucuk manis telah ditanam 1/4 ekar diatas Agriplaza Farm. Tanaman ini amat peka kepada air yng bertakung. Jika sekiranya batang pokok ini terendam dalam air, hasil pucuk akan kurang memuaskan. Dengan di Agriplaza Farm kami sedaya upaya hendakkan yang terbaik untuk tanaman ini. Banyak kos telah dihabiskan untuk menanam dan hingga kini, hasil nya hanya 50% berjaya hidup dan selebihnya tidak tumbuh disebabkan keadaan tanah yang airnya bertakung.

Kami masih menunggu cuaca panas untuk memulihkan struktur tanah menggunakan mesin roto. Diharapkan selepas musin hujan bulan Dec ini berhenti, kerja2 baik pulih dapat dilaksanakan dengan baik.

E-Books "Kaedah Tanaman Pucuk Manis"
Saya bercadang untuk mencatitkan setiap masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya agar menjadi rujukan dan garis panduan yang berguna dimasa hadapan. Isi kandungan E-book ini nanti sudah pasti akan berasaskan pengalaman saya dalam selok belok menguruskan projek ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan E-book ini harap bersabar, kerana saya menjangka projek ini mengambil masa 3-4 bulan untuk mengetahui status kejayaan atau sebaliknya.

Anak benih Pucuk Manis
Kepada anda yang berminat untuk mencuba menanam sayur pucuk manis, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan anak benih. Harga 1 kilo adalah RM2.00 sahaja. 1 ekar lebih kurang 600 kilo diperlukan tetapi digalakan mencuba untuk 1/4 atau 1/2 ekar dahulu.

Nota :Sayur pucuk manis, boleh dituai selepas 3-bulan untuk tuaian pertama, untuk tuaian kerdua dan seterusnya, anda hanya perlu menuggu 45 hari sahaja.

Anggaran pendapatan 1 ekar jika menggunakan 1 orang pekerja adalah RM1000-RM1200 dalam masa 45 hari.


Most recent comments... (In posting order)
Salam, saya mempunyai kebun sayur jenis berdaun dan berbuah seluas 7 ekar. tetapi terdapat 2 ekar masih belum diusahakan. Sya ada beberapa soalan:-
1. Adakah pokok pucuk manis memerlukan sistem pengairan Sprinkler?
2. Adakah pokok ini akan memberi kesan makluk perosak pada tanaman sayur berdaun seperti (kangkung, bayam dan sawi) ?
Mon 18-Feb-2008 11:00
Posted by:Agritani Resources
salamm... saya memang berminat untuk mencuba tanaman ini. namun begitu saya perlukan masa untuk mempelajari teknik penanamannya secara teori terlebih dahulu. harap dapat pengajaran yang lebih terperinci dr pihak tuan . trima kasih. Mon 25-Feb-2008 17:29
Posted by:nafiri ispi_p@yahoo.com.my
Sila rujuk di laman web agriplaza untuk penjelasan http://www.agriplaza.com.my/TawaranDetail.asp?action=View&ID=94

Thu 28-Feb-2008 08:12
Posted by:Usahawantani
Buat masa sekarang tanaman pokok pucuk manis masih dalam peringkat percubaan. Namun begitu, kami boleh bekalkan anak benih kepada tuan untuk mencubanya ditempat tuan. Sun 2-Mar-2008 16:51
Posted by:usahawantani
market utk pucuk manis ni tggi ke?kt daerah bera pahang agak2nye ada pasaran X?klu blh reply la kt emel sy ye. Mon 21-Jul-2008 07:54
Posted by:payed chayokchayok@yahoo.com
kat area bera..tak tau la..saya pun masih cuba2 ni.... Tue 29-Jul-2008 05:54
Posted by:Usahawantani


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.